Pernyataan Privasi

Kemaskini terakhir [28 Mei 2018]

Kepercayaan anda adalah penting bagi kami.

Kami mahu memastikan anda memahami apakah jenis maklumat peribadi yang mungkin kami kumpul apabila anda berinteraksi dengan GlaxoSmithKline dan kumpulan syarikatnya (“GSK”, “kami” dan “kita”), bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda, dan bagaimana kami menyimpannya dengan selamat.

Notis Privasi ini menerangkan tentang:   

Kami mungkin akan menukar Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Oleh itu, kami ingin menggalakkan anda agar meneliti semula Notis Privasi ini secara berkala.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada kami dengan menggunakan salah satu daripada cara yang disediakan di bahagian Hubungi Kami.

Apakah jenis maklumat peribadi yang kami kumpul?

Maklumat peribadi yang kami kumpul apabila anda berinteraksi dengan kami melalui laman sesawang ini termasuklah:

  • Maklumat yang anda berikan kepada kami, seperti
    • nama dan maklumat perhubungan anda;
    • komunikasi e-mel yang dihantar kepada GSK;
    • borang pendaftaran apabila anda mendaftar untuk acara webcast; dan
    • maklum balas anda terhadap sebarang kaji selidik yang mungkin telah anda sertai.
  • maklumat teknikal, misalnya melalui penggunaan cookie, seperti
  • data aktiviti, contohnya apabila anda melengkapkan borang dalam laman sesawang ini;
  • maklumat daripada kunjungan anda ke laman sesawang ini, termasuklah jenis pelayar dan sistem operasi yang anda gunakan, masa akses, laman yang diakses, URL yang diklik, alamat IP anda dan laman yang pernah anda kunjungi sebelum dan selepas anda mengunjungi laman sesawang ini;
  • Piksel pengesanan media sosial yang membolehkan platform seperti Facebook dan Twitter berinteraksi dengan laman sesawang ini serta memberikan maklum balas tentang tindakan anda; dan
  • Maklumat peranti, termasuklah nombor pengecaman unik, model, sistem operasi dan versi perkakasan peranti serta maklumat rangkaian mudah alih.

Maklumat peribadi yang kami kumpul apabila kami memantau laman sesawang lain mungkin termasuk maklumat peribadi umum anda, contohnya apabila kami memantau perbualan secara digital dalam platform umum bagi memahami apa yang sedang diperkatakan oleh orang ramai mengenai kami atau industri farmaseutikal secara keseluruhannya. Kami mungkin akan menggabungkan maklumat mengenai anda yang kami perolehi daripada pelbagai sumber.

Maklumat peribadi yang kami akan kumpul apabila anda melaporkan sebarang kemungkinan kesan sampingan daripada salah satu produk kami, mungkin termasuk jantina, tarikh lahir dan maklumat kesihatan anda.

Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda?

Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk:

  • Memberikan anda maklumat dan perkhidmatan termasuklah:
  • acara dalam talian, seperti acara webcast;
  • siaran media kami;
  • tawaran pekerjaan;
  • laporan kewangan;
  • panduan-panduan, komunikasi pemasaran serta maklumat berguna mengenai produk dan perkhidmatan kami. Kami akan sentiasa mendapatkan persetujuan untuk tujuan pemasaran jika dikehendaki oleh undang-undang.
  • Menghubungi dan berinteraksi dengan anda, termasuklah untuk:
  • menjawab permintaan anda (sebagai contoh jika anda memohon pekerjaan); dan
  • memberikan maklumat terkini serta notis penting, seperti perubahan terhadap terma dan polisi kami, amaran keselamatan dan mesej pentadbiran.
  • Mengendalikan perniagaan kami, termasuklah untuk:
  • menjawab laporan anda mengenai kemungkinan kesan sampingan yang dikaitkan dengan salah satu produk kami dan memantau keselamatan produk kami.
  • mematuhi undang-undang, peraturan dan panduan yang berkenaan;
  • menuruti kehendak atau permintaan yang dibuat oleh pengawal selia, kerajaan, mahkamah serta penguatkuasa undang-undang; dan
  • menyiasat serta mengambil tindakan terhadap tingkah laku pengguna yang menyalahi undang-undang atau berbahaya.
  • Memantapkan lagi operasi harian kami, termasuk:
  • untuk tujuan dalaman seperti pengauditan, analisis data dan kajian bagi membantu kami menyampaikan serta meningkatkan kandungan dan perkhidmatan platform digital GSK;
  • untuk memantau dan menganalisa trend, penggunaan serta aktiviti yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami bagi memahami bahagian platform dan perkhidmatan digital manakah yang paling menarik perhatian dan meningkatkan reka bentuk serta kandungan platform kami;
  • untuk meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan kami serta komunikasi antara kami dengan anda; dan
  • untuk memastikan kami mempunyai maklumat perhubungan anda yang terkini (yang mana berkenaan).

Berapa lama kami akan menyimpan maklumat peribadi anda? 

Kami akan sentiasa menyimpan maklumat peribadi anda untuk satu tempoh yang dikehendaki oleh undang-undang dan apabila kami perlu berbuat demikian berkaitan dengan tindakan undang-undang atau penyiasatan yang melibatkan GSK. Jika tidak, kami akan menyimpan maklumat peribadi anda:

  • selama mana yang diperlukan bagi membolehkan anda mengakses perkhidmatan kami mengikut permintaan anda;
  • apabila anda telah menghubungi kami dengan soalan atau permintaan, selama mana yang diperlukan untuk kami menjawab soalan atau permintaan anda.

Kadang kala kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan syarikat lain dan memindahkannya di peringkat antarabangsa

Kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan:

  • ahli syarikat kumpulan GSK; dan
  • pihak ketiga yang dipercayai berikut:
  • agen dan pembekal kami, termasuklah mereka yang menyediakan perkhidmatan teknologi kepada kami seperti penganalisa data, hosting dan bantuan teknikal;
  • penasihat profesional, juruaudit dan rakan perniagaan kami;
  • pengawal selia, kerajaan serta penguatkuasa undang-undang; dan
  • pihak ketiga yang lain yang terlibat dengan penyusunan semula keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan kami.

Maklumat peribadi anda mungkin akan diproses oleh GSK, syarikat berkaitan dengannya dan pembekal pihak ketiga yang dipercayai oleh GSK di luar negara asal. Undang-undang privasi data di mana maklumat peribadi anda dipindahkan mungkin tidak setaraf, atau tidak seketat undang-undang di negara asal anda.

Kami akan melaksanakan langkah-langkah sesuai bagi memastikan maklumat peribadi anda sentiasa dilindungi dan kekal selamat apabila ia dipindahkan keluar dari negara asal anda, selaras dengan undang-undang perlindungan data dan privasi.

Melindungi maklumat peribadi anda

Kami menggunakan pelbagai langkah keselamatan dan teknologi untuk membantu melindungi maklumat peribadi anda daripada akses, penggunaan, pendedahan, pindaan atau pemusnahan tanpa izin selaras dengan undang-undang perlindungan data dan privasi. Sebagai contoh, apabila kami berkongsi maklumat peribadi anda dengan pembekal luar, kami akan mengenakan perjanjian bertulis yang mengikat pembekal berkenaan agar merahsiakan maklumat anda, dan mengambil langkah keselamatan yang sesuai bagi memastikan maklumat anda selamat.

Transmisi maklumat kepada kami melalui internet atau rangkaian telefon mudah alih mungkin tidak selamat sepenuhnya dan anda perlu menanggung sendiri risiko sebarang transmisi.

Laman sesawang yang tidak dimiliki atau dikawal oleh kami

Dari semasa ke semasa kami mungkin akan menyediakan pautan ke laman sesawang atau aplikasi mudah alih yang tidak dimiliki atau dikawal oleh kami. Nota Privasi ini tidak terpakai kepada laman sesawang berkenaan. Jika anda memilih untuk menggunakan laman sesawang berkenaan, sila periksa kenyataan perundangan dan privasi yang disiarkan dalam setiap laman sesawang atau aplikasi mobil yang diakses oleh anda bagi memahami amalan privasi mereka.

Bagaimana jika anda enggan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami?

Anda boleh memilih untuk berbuat demikian kerana anda diberikan pilihan sama ada untuk berkongsi maklumat peribadi anda atau tidak dengan kami. 

Sekiranya anda tidak bersetuju maklumat peribadi anda diproses, atau anda telah memberikan kebenaran untuk diproses dan kemudiannya anda memilih untuk menariknya semula, kami akan menghormati pilihan anda selaras dengan tanggungjawab undang-undang kami. Ini mungkin bermakna anda tidak dapat melakukan tindakan yang diperlukan untuk mencapai tujuan seperti yang dinyatakan di dalam bahagian ‘Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda?’ di atas atau anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan serta produk yang kami tawarkan.

Cookie dan teknologi lain

Laman sesawang ini menggunakan cookie yang membolehkan laman sesawang ini mengenal pasti dan memberi maklum balas kepada anda sebagai individu. Anda boleh memilih sama ada untuk menerima atau menolak cookie.

Jika anda memilih untuk menolak cookie, sebahagian besar elemen yang terkandung dalam laman sesawang ini tidak akan dapat berfungsi seperti yang sepatutnya, oleh yang demikian pengalaman anda menggunakan laman sesawang ini mungkin akan terjejas. Sila rujuk Polisi Cookie kami bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan cookie oleh kami.  

Hubungi kami 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permintaan berkaitan Notis Privasi ini, sila hubungi syarikat GSK di tempat anda menggunakan maklumat perhubungan di bawah.

United Kingdom:

Untuk menghubungi GSK di United Kingdom, sila hubungi 0808-234-6680.

Amerika Syarikat:

Untuk menghubungi GSK di Amerika Syarikat, sila hubungi 1-866-475-3844.

Negara-negara lain:

Maklumat perhubungan bagi setiap negara boleh didapati dalam direktori perhubungan antarabangsa kami.